Saturday, June 28, 2014

HIJRAH KE BUMI SABAH BAWAH BAYU

Bermula 29 Nov 2012 aku berhijrah ke bumi Sabah Bawah bayu bersama keluargaku. Isteriku tersayang yang ditukarkan sebagai GKMP di SMK Sepagaya, anakku Amir di SMKA Tun Juhar Sandakan, Yassir dan Hasan di SK Lahad Datu 4. Sementara Umar terus belajar di SMAP Kajang untuk tamatkan SPM. Kini belajar di UIA dalam ijazah ilmu wahyu. Angah belajar di USIM dalam ijazah perakaunan/ Muamalat dan Ahmad masih di Universit iskandariah Mesir dalam perubatan. Kini setahun setengah sudah kami berada di Sabah. Aku sebagai PK di SM Sains Lahad Datu setelah ditawarkan oleh SBP dengan visi untuk membantu melonjakkan kecemerlangan SEMSALD. Ahamdulilah kini SEMSALD berdiri gagah dengan penuh hemah untuk meneruskan visinya sebagai sekolah terbaik di Sabah dan berada di 'top ten' Malaysia. Sekolah Kluster telah dinobatkan dan kini menunggu untuk penobatan kedua sebagai Sekolah Berperestasi Tinggi. rasanya berbaloi aku dihantar ke sini oleh SBP. Kini dalam penantian, ke mana aku selepas ini dlam bulan Julai nanti adakah dilantiksebagai pengetua di SEMSALD atau aku terpaksa berpindah ke sekolah lain yang lebih memerlukan kepakaran aku untuk kecemerlangan sebagai Pengetua DG 52. Suspens !!!!!

No comments:

Post a Comment