Sunday, May 13, 2012

Pengalaman mengajarku sebuah kehidupan

pengalaman mengajarku sebuah kehidupan. Kini hampir empat tahun aku berada dan berkhidmat di Kolej Islam Sultan Alam Shah bumi waqafan. Sekolah pertama aku belajar selepas aku mendapat kejayaan cemerlang adalm SRP dan berhijrah ke asrama penuh daripada sebuah kampung terpencil di pantai Bachok Kelantan. Kini aku kembali berkhidmat sebagai Penolong Kanan DG 48. Rezki aku di sini Allah telah kurniakan yang terbaik buat keluargaku. Bermula aku dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan HEM di sebuah sekolah yang terfikir aku boleh berada di sini setelah enam belas tahun aku berkhidmat di sekolah biasa di sekitar Kuala Lumpur. Kini aku dinaikkan pangkat sebagai PK DG 48 ( hakiki ). Isteriku juga dinaikkan pangkat sebagai GKMP DG44 ( hakiki ). Anak sulungku ditaja oleh MARA belajar di Mesir negara tempat lahirnya semasa belajar di sana 18 tahun lepas. Ahmad sedang belajar perubatan di Universiti Iskandariah. alhamdulillah. Anak-anak yang lain juga mendapat kecemerlangan dalam setiap peperiksaan.  Angah akan menduduki SPM di KISAS dan berazam untuk mendapat 11 A dan akan ke Jordan. Umar juga cemerlang dalam PMR 8A juga berazam untuk score dalam SPM tahun depan untuk ke luar negara. Amir di SAMT Hisamuddin dengan semangat yang kental untuk mencapai kecemerlangan.

1 comment:

  1. Tahniah. Teruskan berkhidmat dengan cemerlang. Semoga sentiasa dalam perlindungan Allah.

    ReplyDelete