Wednesday, May 4, 2016

http://kotajanji.blogspot.my/2013/06/peristiwa-kronologi-serta-perjalanan.html?m=1
https://www.google.com/search?q=peristiwa+israk+mikraj+lengkap&oq=peristiwa+isra&aqs=chrome.3.69i57j0l3.16397j0j4&client=ms-android-oppo&sourceid=chrome-mobile&ie=UTF-8#imgrc=jcXKHWheI60NKM%3A

Saturday, June 28, 2014

seronoknya






Karnival Sukan SEMSALD 2014.

HIJRAH KE BUMI SABAH BAWAH BAYU

Bermula 29 Nov 2012 aku berhijrah ke bumi Sabah Bawah bayu bersama keluargaku. Isteriku tersayang yang ditukarkan sebagai GKMP di SMK Sepagaya, anakku Amir di SMKA Tun Juhar Sandakan, Yassir dan Hasan di SK Lahad Datu 4. Sementara Umar terus belajar di SMAP Kajang untuk tamatkan SPM. Kini belajar di UIA dalam ijazah ilmu wahyu. Angah belajar di USIM dalam ijazah perakaunan/ Muamalat dan Ahmad masih di Universit iskandariah Mesir dalam perubatan. Kini setahun setengah sudah kami berada di Sabah. Aku sebagai PK di SM Sains Lahad Datu setelah ditawarkan oleh SBP dengan visi untuk membantu melonjakkan kecemerlangan SEMSALD. Ahamdulilah kini SEMSALD berdiri gagah dengan penuh hemah untuk meneruskan visinya sebagai sekolah terbaik di Sabah dan berada di 'top ten' Malaysia. Sekolah Kluster telah dinobatkan dan kini menunggu untuk penobatan kedua sebagai Sekolah Berperestasi Tinggi. rasanya berbaloi aku dihantar ke sini oleh SBP. Kini dalam penantian, ke mana aku selepas ini dlam bulan Julai nanti adakah dilantiksebagai pengetua di SEMSALD atau aku terpaksa berpindah ke sekolah lain yang lebih memerlukan kepakaran aku untuk kecemerlangan sebagai Pengetua DG 52. Suspens !!!!!

Monday, May 14, 2012

Sejarah KISAS


Kolej Islam Sultan Alam Shah merupkan sebuah sekolah berasrama penuh di Klang, Selangor, Malaysia.
Lokasi                               : Klang
Tahun ditubuhkan             :1955
Jenis sekolah                      : SBP
Pengetua/Guru Besar terkini  : Tn Hj Abdullah bin Jusoh
Nama rujukan                   :  KISAS

Sejarah

Kolej ini ditubuhkan pada tahun 1374H/1955M. Nama sebenarnya pada masa itu ialah Kolej Islam Malaya. Ia didirikan di atas sebidang tanah seluas kira-kira 14.3 ekar yang terletak di Jalan Kota Raja, iaitu kira-kira satu setengah kilometer dari bandar Kelang.

Kolej ini pada asalnya ialah sebuah istana yang kemudiannya diwakafkan oleh Almarhum Sultan Hishamuddin Ibni Almarhum Sultan Sulaiman. Baginda amat berharap agar kolej ini dapat melahirkan para ulama' yang bertakwa kepada Allah dan seterusnya menerangi masyarakat Malaysia ini dengan ruh-ruh islam serta dapat menghapuskan segala bentuk kekufuran dan jahiliah yang ada.

Pada tahun 1386H/1966 M, Kursus Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya telah dipindahkan ke bangunan yang baru di Petaling Jaya dan seterusnya ke Bangi menjadi fakulti Islam U.K.M. Namun begitu kursus persediaannya masih lagi di tinggalkan di Kelang.

Pada tahun 1967, Kolej ini diambil oleh Kementerian Pelajaran dan menjadikan sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan yang bernama Kolej Islam Kelang. Akhirnya pada tahun 1972, ia telah diangkat menjadi Sekolah Berasrama Penuh lengkap dengan pelbagai kemudahan sehingga ke hari ini.

Kemudian pada 1989, Kolej Islam Kelang telah ditukar nama kepada Kolej Islam Sultan Alam Shah oleh Sultan Salahuddin Ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan pada masa itu. Sehingga kini, bangunan bekas istana sultan tersebut masih dikekalkan.

Kolej Islam Kelang dijadikan sebuah Sekolah Berasrama Penuh lengkap dengan pelbagai kemudahan.
7. 1410H / 1989M

Perasmian nama baru kolej dari Kolej Islam Kelang kepada Kolej Islam Sultan Alam Shah ( KISAS )

dan kini KISAS menjadi Salah sebuah Sekolah Yg Cemerlang...
Top 5

KRONOLOGI PENUBUHAN KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
[quote][b]1. 1374H / 1955M

8, April - Perasmian Kolej Islam Malaya ( nama kolej ketika itu ) oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Al- Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah. Bangunannya adalah sebuah istana hadiah Baginda sultan.

2. 1386H / 1966M

Kursus Tertinggi Kolej Islam Malaya dipindahkan ke Petaling Jaya sementara Kursus Persediannya dikekalkan di Klang dan nama kolej ketika itu telah diubah dengan rasminyakepada 'Kolej Islam Kelang'. Pad ketika yang sama Sijil Pelajaran Malaysia telah diperkenalkan di sini.

3. 1387H / 1967M

Kursus Persedian tersebut telah diambil alih oleh kerajaan pusat dan diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Kolej Islam Kelang dimajukan sebagai sebuah sekolah menengah tinggi bantuan kerajaan.

4. 1389H / 1969M

Kursus Sijil Rendah Pelajaran dihapuskan. Hanya calon yang mempunyai SRP dan kepujian dalam matapelajaran Agama Islam serta lulus Bahasa Arab diterima ke Kolej Kursus Tingkatan Enam diperkenalkan.

5. 1391H / 1971M

Kelas Tingkatan Empat telah dibuka untuk pelajar tingkatan empat.

6. 1392H / 1972M

Kolej Islam Kelang dijadikan sebuah Sekolah Berasrama Penuh lengkap dengan pelbagai kemudahan.

7. 1410H / 1989M

Perasmian nama baru kolej dari Kolej Islam Kelang kepada Kolej Islam Sultan Alam Shah ( KISAS ). [/b][/quote]
sayang_mulut posted at 7-5-2006 21:55
infrasturuktur
[quote][b] KISAS sebenarnya terdiri daripada bangunan istana lama yang diwakafkan oleh Sultan Alam Shah suatu masa dahulu. Sejak penubuhannya, blok-blok bangunan KISAS telah ditambah dengan tujuan untuk menampung pelajar yang semakin membanjiri KISAS.

    Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa KISAS mempunyai infrastruktur yang agak menarik. Ini disebabkan oleh rekabentuk bangunannya yang menarik hasil gabungan unsur -unsur senibina lama dan moden.

    KISAS mempunyai sebuah perpustakaan yang boleh dibanggakan. Sejak penubuhannya hingga kini, perpustakaan telah berjaya ini telah memenangi beberapa anugerah dalam pertandingan perpustakaan terbaik di Selangor.Perpustakaan ini terletak di tingkat dua bangunan blok berhampiran dewan besar.

    Bangunan pejabat juga adalah salah satu banggunan yang menarik di KISAS. Bangunan ini pada asalnya adalah sebuah istana raja pada zaman dahulu.Ciri-ciri binaan Islam pada zaman silam tertonjol di bangunan ini. [/b][/quote]

[quote][b] bermoto kan satu ayat QURAN...''fastaqim kama umirta'' yang bermaksud.. beristiqamah lah kamu sebagai mana yang diperintah.. satu moto yang berjaya melahirkan ramai akli2 ulamal, akhli politik seperti , harun din , ismail kamus, zainudin zainal abidin dan beberape nama lagi..

KISAS jugak setiap tahun berjaya mengekalkan prestasi sebagai sekolah menengah cemerlang di malaysia dimana keputusan SPM adalah antara yang terbaik di MALAYSIA dan selama 2 tahun berturt iaitu pada tahun 2004 dan 2005, KISAS telah mencatat sebagai sekolah paling cemerlang di MALAYSIA apabila hampir 50% mendapat str8 As dalam SPM dan sebagi sekolah cemerlang di mana keputusan STAM ( sijil tinggi agama Malaysia) adalah yang terbaik di malaysia di mana mendapat kepurusan 100% mumtaz iaitu keputusan paling cemerlang selama  4 tahun berturut sejak iSTAM diperkenal kan pada 2002[/b][/quote]

Tempat aku belajar dan berkhidmat

di sini bermula aku mengenali erti kehidupan dan dakwah dan di sini juga aku berkhidmat sebagai guru dan Penolong Kanan setelah pulang daripada Mesir.

 

Dar Warathatul al Anbiaya'

Di sini bermula latihan public speaking murid-muridku. setiap pagi hari persekolahan semua pelajar pra u berkumpul di sini dan program public speaking dimulakan oleh pelajar secara bergilir dan di hari cuti dan hari - hari tertentu pelajar akan berceramah di sini termasuk pengetua dan pentadbir yang lain. Program pidato yang melibatkan tiga bahasa. Bahasa Arab diseliakan oleh guru-guru BI yg diketui oleh Sir Zamri, BA oleh aku sendiri PK dan BM oleh Cg Norsiah dan guru-guru BM.